my viewers

Pages

Free Icons
ASSALAMMUALAIKUM.

urrmmmm...dah masuk musim exam ni...pasti masing2 gementar n tgah bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi 'WAR' ni bukan???
Tapi jgnlah terlalu stress ye... apa kata kita tenangkan sebentar diri, minda and hati kita...
tarik nafas perlahan-lahan...dan senyum..=)
kita PASTI BOLEH BUAT PUNYA!!!YES!!!
so here are some tips!!


1. Mengulangkaji pelajaran


Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan korang selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami, bukan belajar semata-mata untuk menghafal ya! Gunakan baki hari yang ada untuk menyemak nota-nota kecil untuk menguatkan lagi ingatan kita.
so,manfaatkan lah Study Week nie dgn sebaiknya ye???!!

2. Buat persiapan awal


Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pen korang kehabisan dakwat? Tentu korang kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu korang akan merasa gementar, dada akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada korang? korang pastinya akan “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan korang lupa sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.

Pastikan korang menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama korang pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah boleh menjawab dengan tenang.

3. Tidur awal dan rehat secukupnya


Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh korang lemah dan tidak bertenaga, keupayaan korang untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan,haruslah tidur awal. Elakkan dari 'stay up' yang terlalu lama sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri korang akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan korang untuk menjawab peperiksaan.

4. Semak jadual betul-betul!


Adalah sangat-sangat penting bagi korang untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan korang untuk menjawab peperiksaan. Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan korang terlepas dari menduduki peperiksaan tersebut. Dan datanglah awal ke exam hall sekurang-kurangnya 1/2 jam awal...agar korang tak terlepas bas dan lambat memasuki dewan!!!

* dgrlah nasihat dr sy yg ada experience nie..haha

5. Berdoa dan bertawakal


Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang korang perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri korang. Pastikan korang mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang kita dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.


GUD LUCK YE SEMUA!!!


0 comments:

Post a Comment

Siguiente Anterior Inicio