my viewers

Pages

Free Icons
0

UNTUK KITA, WANITA........



Emansipasi mengajar wanita erti kebebasan
Hak-hak yang tidak pernah wujud mula dituntut
Sehingga ada di antara kamu mula memberontak
Dan apabila itu terjadi pada dirimu
Kau juga ingin menjadi seperti mereka
Seringkali kesabaran itu diuji
Sehinggakan satu hari nanti
Kau akan menangis semahumu
Bersujudlah...
Berdoalah...
Dan letakkanlah keikhlasan itu ke tempat yang paling tinggi
Dalam hatimu
Sememangnya
Ceria adalah lumrah
Apabila kehidupan berjalan lancar
Tetapi seseorang itu akan lebih dikagumi
Apabila masih mampu tersenyum
Ketika dirinya dilanda derita dan masalah
Demi sesungguhnya
Allah tidak akan menguji hambanya
Melebihi kemampuan mereka
Dan apabila itu terjadi
Itu ertinya kau kuat mengharungi cubaan itu
Sebagai bukti cinta Allah kepadamu
Juga sebagai bentuk penghapusan dosa
Bangkitlah dikau wahai wanita yang bersedih...


0

WAHAI HATI...............

7 Kunci menuju ketenangan hati :

1. Jangan tergantung pada orang lain. Tergantunglah pada Tuhanmu.
2. Jangan berburuk sangka orang lain akan membicarakan/menghinamu. (berfikirlah positif)
3. Jangan selalu mengingati penyesalan di masa lalu.
4. Jangan menyimpan kemarahan, dendam dan kebencian.
5. Jangan menyimpan rasa dengki, cemburu dan iri hati.
6. Jangan membiasakan sikap terburu buru. Maka dari itu manage-lah waktumu.
7. Jangan khawatir akan hari esok. Tuhan menjanjikan masa depan, dan harapan kita tidak akan pernah lenyap.

Ketuklah, maka pintu akan terbuka.
Ingatlah pada Nya, maka Ia akan mengingatmu.
Berdoalah, maka keluh kesahmu akan didengarkan.


ASSALAMMUALAIKUM.

urrmmmm...dah masuk musim exam ni...pasti masing2 gementar n tgah bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi 'WAR' ni bukan???
Tapi jgnlah terlalu stress ye... apa kata kita tenangkan sebentar diri, minda and hati kita...
tarik nafas perlahan-lahan...dan senyum..=)
kita PASTI BOLEH BUAT PUNYA!!!YES!!!
so here are some tips!!


1. Mengulangkaji pelajaran


Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan korang selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami, bukan belajar semata-mata untuk menghafal ya! Gunakan baki hari yang ada untuk menyemak nota-nota kecil untuk menguatkan lagi ingatan kita.
so,manfaatkan lah Study Week nie dgn sebaiknya ye???!!

2. Buat persiapan awal


Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pen korang kehabisan dakwat? Tentu korang kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu korang akan merasa gementar, dada akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada korang? korang pastinya akan “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan korang lupa sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.

Pastikan korang menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama korang pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah boleh menjawab dengan tenang.

3. Tidur awal dan rehat secukupnya


Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh korang lemah dan tidak bertenaga, keupayaan korang untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan,haruslah tidur awal. Elakkan dari 'stay up' yang terlalu lama sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri korang akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan korang untuk menjawab peperiksaan.

4. Semak jadual betul-betul!


Adalah sangat-sangat penting bagi korang untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan korang untuk menjawab peperiksaan. Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan korang terlepas dari menduduki peperiksaan tersebut. Dan datanglah awal ke exam hall sekurang-kurangnya 1/2 jam awal...agar korang tak terlepas bas dan lambat memasuki dewan!!!

* dgrlah nasihat dr sy yg ada experience nie..haha

5. Berdoa dan bertawakal


Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang korang perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri korang. Pastikan korang mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang kita dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.


GUD LUCK YE SEMUA!!!


0

My HaPPy HEarT

Yahoo!!meet u ollz again!!^^
kali nie, teja nak berkongsi sedikit pengalaman ketika menjalankan program untuk Anak Melaka yang di Kg Paya Rumput Jaya Sg Udang, Melaka.
Program ini dijalankan mulai 27hb sehingga 29hb April 2012. program yg bertemakan 'Ukhuwah Dijalin, Diri Terpimpin' ini memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman berada di negeri Melaka dan menjalinkan silaturrahim bersama penduduk setempat.
Tibanya kami di Kg Paya Rumput disambut dengan paluan kompang dan penduduknya yg sangat ramah.
seterusnya para peserta dan urusetia dibahagikan kepada keluarga angkat untuk dibawa menumpang dirumah mereka sepanjang program berlangsung.
kami juga diberi peluang untuk lebih mengenali 'mak' dan 'ayah' baru apabila diberi masa rehat secukupnya dari ptg sehingga malam.
NIElah Keluarga Angkat Saya Di sana

antara aktiviti yang kami jalankan ketika berada di sana ialah:
  • Sukaneka bersama penduduk
  • Gotong - Royong di sekitar kampung
  • Rewang untuk jamuan bersama penduduk
selain itu, para peserta juga telah dibawa melawat ke tempat- tempat yang menjadi tumpuan pelancong kettika berada di Melaka. antaranya kami telah makan malam di Ikan Bakar Umbai, menikmati pemandangan indah sepanjang Sg. Melaka dengan River Cruise di Taman Rempah, melawati muzium-muzium di Bandar Hilir, melaka dan macam-macam lagi..


Terlalu banyak perkara yang telah teja rasai sepanjang mengendalikan program itu. dan memang diakui kami telah dapat mencapai objektif program itu dengan rata- rata peserta sangat gembira dan telah mendapat banyak input dari program itu. Selain itu kami juga telah mendpat keluarga baru yang sangat baik dan mesra melayan kami.


TERIMA KASIH SEMUA!!!
LUV U OLLZ!!
PESAMA DA BEST!!

0

YEAH!!FINALLY!!

Finally....malam td abis gak last exam untuk mid sem kali nie....
syukur2... setelah berhempas pulas study mati- matian disamping kena running program untuk KAPREZA'12..
KAPREZA mmg sgt happening..konsert malam penutup sgt gempak abis!!!tp yg mnjdikan konsert tu ag best aku dgr dari bilik jew(coz busy uat revision)huhu...
jumaat nie plak bergerak ke melaka untuk PROGRAM BAKTI SISWA (PESAMA)..
Melaka!!wait for me ya???^^


0

DAULAT TUANKU

Pada hari ini,  tanggal 11 April 2012..bermulalah pimpinan baharu Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Abdul Haim Mu’adzam Shah yang telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong ke-14 bagi negara kita Malaysia… dan hari ini telah di umumkan cuti umum bagi satu Malaysia agar rakyat dapat melihat Majlis Pertabalan yang gilang gemilang ini. Yang menariknya perlantikan kali ini, ini adalah perlantikan kali kedua bagi Tuanku Abdul Halim Mu’adzam sebagai Yang diPertua Agong.. sebelum ini, baginda telah pun dilantik menjadi Agong yang ke-5 pada usianya 42 tahun.. dan ini juga merupakan kali pertama, sultan memasuki isatana baru, iaitu Istana Negara yang terletak Di Jalan Duta.
Daulat Tuanku, semoga Malaysia aman makmur di bawah pucuk pimpinan Tuanku..insyaallah…

berikut antara adat istiadat yangg dijalankan semasa pertabalan Diraja Sedang dilakukan.

Keberangkatan Tuanku:


Penyerahan Al-Quran Nul Karim



Surat Pengisytiharan




Menyembahkan Keris Kerajaan


Pon….ponn….ponn…..pon…..
Hye semua… cuti mid sem hamper nak bermula bukan???
Haha…
Aii,,senangnya dalam hati…
Dah dpt balik cuti….lalalalala……………….
Hari ini..aku balik Melaka!!!yezzz….yahoooo!!
Haha..jgn jelesz u ollz!!!
So before teja nak bercuti nie kan…teja nak berkongsi tentang kebaikan dan keburukan novel kepada remaja….
Hm……mmh seperti yang kita tahu…remaja sekarang sgt menggemari novel bukan??
Lebih2 lagi kalau novel kegemaran tu diadaptasi menjadi filem pula…
So..kat sini teja berkongsi serba sedikit tentang kebaikan dan keburukan novel kepada remaja…^^
Terlebih dahulu, definisi novel:
Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.
Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.
Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak.
Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang tidak baik.
Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot terutama ketika peperiksaan utama umum diambil oleh mereka.
Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis.

kat bawah nie,,antara novel yg hangat di pasaran dan menjadi permintaan oleh remaja..





Anterior Inicio