my viewers

Pages

Free Icons
0

UNTUK KITA, WANITA........



Emansipasi mengajar wanita erti kebebasan
Hak-hak yang tidak pernah wujud mula dituntut
Sehingga ada di antara kamu mula memberontak
Dan apabila itu terjadi pada dirimu
Kau juga ingin menjadi seperti mereka
Seringkali kesabaran itu diuji
Sehinggakan satu hari nanti
Kau akan menangis semahumu
Bersujudlah...
Berdoalah...
Dan letakkanlah keikhlasan itu ke tempat yang paling tinggi
Dalam hatimu
Sememangnya
Ceria adalah lumrah
Apabila kehidupan berjalan lancar
Tetapi seseorang itu akan lebih dikagumi
Apabila masih mampu tersenyum
Ketika dirinya dilanda derita dan masalah
Demi sesungguhnya
Allah tidak akan menguji hambanya
Melebihi kemampuan mereka
Dan apabila itu terjadi
Itu ertinya kau kuat mengharungi cubaan itu
Sebagai bukti cinta Allah kepadamu
Juga sebagai bentuk penghapusan dosa
Bangkitlah dikau wahai wanita yang bersedih...


0

WAHAI HATI...............

7 Kunci menuju ketenangan hati :

1. Jangan tergantung pada orang lain. Tergantunglah pada Tuhanmu.
2. Jangan berburuk sangka orang lain akan membicarakan/menghinamu. (berfikirlah positif)
3. Jangan selalu mengingati penyesalan di masa lalu.
4. Jangan menyimpan kemarahan, dendam dan kebencian.
5. Jangan menyimpan rasa dengki, cemburu dan iri hati.
6. Jangan membiasakan sikap terburu buru. Maka dari itu manage-lah waktumu.
7. Jangan khawatir akan hari esok. Tuhan menjanjikan masa depan, dan harapan kita tidak akan pernah lenyap.

Ketuklah, maka pintu akan terbuka.
Ingatlah pada Nya, maka Ia akan mengingatmu.
Berdoalah, maka keluh kesahmu akan didengarkan.


ASSALAMMUALAIKUM.

urrmmmm...dah masuk musim exam ni...pasti masing2 gementar n tgah bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi 'WAR' ni bukan???
Tapi jgnlah terlalu stress ye... apa kata kita tenangkan sebentar diri, minda and hati kita...
tarik nafas perlahan-lahan...dan senyum..=)
kita PASTI BOLEH BUAT PUNYA!!!YES!!!
so here are some tips!!


1. Mengulangkaji pelajaran


Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan korang selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami, bukan belajar semata-mata untuk menghafal ya! Gunakan baki hari yang ada untuk menyemak nota-nota kecil untuk menguatkan lagi ingatan kita.
so,manfaatkan lah Study Week nie dgn sebaiknya ye???!!

2. Buat persiapan awal


Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pen korang kehabisan dakwat? Tentu korang kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu korang akan merasa gementar, dada akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada korang? korang pastinya akan “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan korang lupa sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.

Pastikan korang menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama korang pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah boleh menjawab dengan tenang.

3. Tidur awal dan rehat secukupnya


Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh korang lemah dan tidak bertenaga, keupayaan korang untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan,haruslah tidur awal. Elakkan dari 'stay up' yang terlalu lama sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri korang akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan korang untuk menjawab peperiksaan.

4. Semak jadual betul-betul!


Adalah sangat-sangat penting bagi korang untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan korang untuk menjawab peperiksaan. Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan korang terlepas dari menduduki peperiksaan tersebut. Dan datanglah awal ke exam hall sekurang-kurangnya 1/2 jam awal...agar korang tak terlepas bas dan lambat memasuki dewan!!!

* dgrlah nasihat dr sy yg ada experience nie..haha

5. Berdoa dan bertawakal


Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang korang perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri korang. Pastikan korang mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang kita dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.


GUD LUCK YE SEMUA!!!


0

My HaPPy HEarT

Yahoo!!meet u ollz again!!^^
kali nie, teja nak berkongsi sedikit pengalaman ketika menjalankan program untuk Anak Melaka yang di Kg Paya Rumput Jaya Sg Udang, Melaka.
Program ini dijalankan mulai 27hb sehingga 29hb April 2012. program yg bertemakan 'Ukhuwah Dijalin, Diri Terpimpin' ini memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman berada di negeri Melaka dan menjalinkan silaturrahim bersama penduduk setempat.
Tibanya kami di Kg Paya Rumput disambut dengan paluan kompang dan penduduknya yg sangat ramah.
seterusnya para peserta dan urusetia dibahagikan kepada keluarga angkat untuk dibawa menumpang dirumah mereka sepanjang program berlangsung.
kami juga diberi peluang untuk lebih mengenali 'mak' dan 'ayah' baru apabila diberi masa rehat secukupnya dari ptg sehingga malam.
NIElah Keluarga Angkat Saya Di sana

antara aktiviti yang kami jalankan ketika berada di sana ialah:
  • Sukaneka bersama penduduk
  • Gotong - Royong di sekitar kampung
  • Rewang untuk jamuan bersama penduduk
selain itu, para peserta juga telah dibawa melawat ke tempat- tempat yang menjadi tumpuan pelancong kettika berada di Melaka. antaranya kami telah makan malam di Ikan Bakar Umbai, menikmati pemandangan indah sepanjang Sg. Melaka dengan River Cruise di Taman Rempah, melawati muzium-muzium di Bandar Hilir, melaka dan macam-macam lagi..


Terlalu banyak perkara yang telah teja rasai sepanjang mengendalikan program itu. dan memang diakui kami telah dapat mencapai objektif program itu dengan rata- rata peserta sangat gembira dan telah mendapat banyak input dari program itu. Selain itu kami juga telah mendpat keluarga baru yang sangat baik dan mesra melayan kami.


TERIMA KASIH SEMUA!!!
LUV U OLLZ!!
PESAMA DA BEST!!

0

YEAH!!FINALLY!!

Finally....malam td abis gak last exam untuk mid sem kali nie....
syukur2... setelah berhempas pulas study mati- matian disamping kena running program untuk KAPREZA'12..
KAPREZA mmg sgt happening..konsert malam penutup sgt gempak abis!!!tp yg mnjdikan konsert tu ag best aku dgr dari bilik jew(coz busy uat revision)huhu...
jumaat nie plak bergerak ke melaka untuk PROGRAM BAKTI SISWA (PESAMA)..
Melaka!!wait for me ya???^^


0

DAULAT TUANKU

Pada hari ini,  tanggal 11 April 2012..bermulalah pimpinan baharu Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Abdul Haim Mu’adzam Shah yang telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong ke-14 bagi negara kita Malaysia… dan hari ini telah di umumkan cuti umum bagi satu Malaysia agar rakyat dapat melihat Majlis Pertabalan yang gilang gemilang ini. Yang menariknya perlantikan kali ini, ini adalah perlantikan kali kedua bagi Tuanku Abdul Halim Mu’adzam sebagai Yang diPertua Agong.. sebelum ini, baginda telah pun dilantik menjadi Agong yang ke-5 pada usianya 42 tahun.. dan ini juga merupakan kali pertama, sultan memasuki isatana baru, iaitu Istana Negara yang terletak Di Jalan Duta.
Daulat Tuanku, semoga Malaysia aman makmur di bawah pucuk pimpinan Tuanku..insyaallah…

berikut antara adat istiadat yangg dijalankan semasa pertabalan Diraja Sedang dilakukan.

Keberangkatan Tuanku:


Penyerahan Al-Quran Nul Karim



Surat Pengisytiharan




Menyembahkan Keris Kerajaan


Pon….ponn….ponn…..pon…..
Hye semua… cuti mid sem hamper nak bermula bukan???
Haha…
Aii,,senangnya dalam hati…
Dah dpt balik cuti….lalalalala……………….
Hari ini..aku balik Melaka!!!yezzz….yahoooo!!
Haha..jgn jelesz u ollz!!!
So before teja nak bercuti nie kan…teja nak berkongsi tentang kebaikan dan keburukan novel kepada remaja….
Hm……mmh seperti yang kita tahu…remaja sekarang sgt menggemari novel bukan??
Lebih2 lagi kalau novel kegemaran tu diadaptasi menjadi filem pula…
So..kat sini teja berkongsi serba sedikit tentang kebaikan dan keburukan novel kepada remaja…^^
Terlebih dahulu, definisi novel:
Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.
Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.
Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak.
Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang tidak baik.
Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot terutama ketika peperiksaan utama umum diambil oleh mereka.
Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis.

kat bawah nie,,antara novel yg hangat di pasaran dan menjadi permintaan oleh remaja..





0

MAKANAN??? BUKAN PENTING UNTUK PEROT JEW TAU!!

Ehemm…k, kali nie..teja nak berkongsi pula pasal kesan apa yang kita makan, jangan hanya ingat nak mengenyangkan perot jew tetapi apa juga kesannya kepada otak..
Percaya atau tidak sebenarnya makanan mampu menjadikan otak kita berfungsi dengan lebih baik? Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada keupayaan otak seseorang, namun faktor pemakanan tidak dapat dinafikan impaknya.

Perkara yang penting untuk mengekalkan otak yang sihat adalah makan makanan seperti biasa di sepanjang hari. Ini untuk memastikan otak kita menerima tenaga yang berterusan bagi mengekalkan kecergasannya. Walaubagaimanapun, otak manusia hanya boleh menyimpan sejumlah kecil glukosa sahaja pada satu-satu masa. Oleh itu, makan makanan secara tetap dan menurut kebiasaan akan membantu mengekalkan bekalan tenaga yang tetap  kepada otak.
Oleh sebab itu, mengamalkan pemakanan yang seimbang adalah penting bagi memelihara dan menjaga kesihatan jasmani dan otak. Menukarkan pemakanan yang tidak sihat kepada pemakanan seimbang dan sihat bukan setakat boleh memperbaiki sikap dan keupayaan otak seseorang tetapi juga boleh mengelakkan daripada penyakit kronik seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
Di sini ada 12 jenis makanan yang di yakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat daya ingatan.

1. Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu yang digelar “Raja Ubat” ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. Cuba ini: Jus Kurma Madu
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
2. Kacang merah
Thiamin atau vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang merah dimasukkan ke dalam masakan, boleh cuba ini: Agar-agar Cendol
3. Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan, cuba ini: Nasi Kismis Ayam
4. Telur
Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. Boleh cuba ini: Telur Bungkus
5. Susu dan yogurt
Susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Boleh pelbagaikan masakan dengan menggunakan yogurt dan susu. Cuba ini: Fillet ayam goreng rangup
Susu bukan sahaja berguna untuk kesihatan otak malah dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar kelupaan yang berkesan
6. Halia
Halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan, cuba ini: Daging Halia
7. Salmon
Ikan salmon adalah ikan berlemak yang dikatakan makanan berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Cuba ini: Salmon Panggang
8. Oat
Oat kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.
9. Berry
Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandung banyak zat besi. Ia juga mengandungi mineral seng yang dapat membantu memelihara daya ingatan. Boleh cuba ini: Daging cendawan
11. Daging Burung Merpati
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
12. Daging Ayam
Daging ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi berbanding dengan semua jenis daging lain. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.


0

1 APRIL, BEEN FOOL??


1 April,,,
Rata antara orang di sekeliling kita pastinya sedang berseronok menipu dan memeperbodohkan orang lain,, kononnya dengan alasan menyambut April’s Fool Day.. tetapii tahu tak u ollz nie..sepatutnya tak dilakukan kerana ianya hanya akan mengundang kemrahan dan mungkin akan menimbulkan fitnah.. am I right?? So, terlebih dahulu..mari kita kaji..mana asalnya dating sambutan ini..

SEJARAH “APRIL FOOL”: TRAGEDI PENYEMBELIHAN UMAT ISLAM SEPANYOL

Hari ini adalah hari April Fool atau, jika diterjemahkan secara harfiah, April Trick (Tipu Daya April). Tetapi berapa banyakkah di kalangan kita, terutama orang Islam, tahu tentang rahsia pahit di sebalik hari ini?


Menurut kajian, pada abad ke-8 Masihi, orang Islam berjaya menubuhkan satu Empayar di Sepanyol yang mempelopori era Zaman Keemasan Tamadun Islam. Orang-orang Kristian, menerusi kajian teliti mereka, mendapati bahawa faktor utama Islam berkembang dengan pesat dan berjaya menubuhkan Empayar di Sepanyol adalah kerana ketaqwaan (kesolehan) kaum Muslimin. Jadi, orang Kristian bertindak melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya. Mereka memperkenalkan arak dan lain-lain minuman keras, rokok, muzik, tarian dan pergaulan bebas kepada generasi muda Muslim, dan memastikan semua ini tersedia ada secara meluas dan bebas.



Taktik ini membuahkan hasil yang berkesan, dan iman kaum Muslim di Sepanyol mulai menjadi lemah, terutama di kalangan generasi muda. Kesan jangka panjangnya adalah orang Kristian Katolik barat berjaya menakluk seluruh Sepanyol dan mengakhiri kekuasaan Islam yang telah bertahan selama lebih dari 800 tahun. Grenada, yang merupakan benteng terakhir umat Islam, jatuh pada 1 April 1487. Penyerahan diri tentera Islam Granada telah dilakukan oleh Sultan Muhammad XII kepada Raja Sepanyol Ferdinand dan Ratu Isabella (lihat gambar sebelah).

Tarikh 1 April ini dirayakan sehingga sekarang sebagai hari "Tipu Daya April", di mana orang-orang Kristian dengan mudah berjaya menipu orang Islam sehingga jatuhnya sebuah Empayar Islam di Sepanyol yang sering kita megahkan. Mulai dari hari itulah orang Kristian memanggil orang Islam "orang bodoh yang mudah tertipu." Mereka menganggap bukan saja tentera Islam di Granada sebagai orang bodoh yang mudah tertipu, tetapi juga menggunapakai perkataan "bodoh" itu ke atas seluruh ummah Islam. (Ingat, perkataan "fool" juga bermakna bodoh).
Selain dari perbuatan ini dilarang agama islam, ianya juga hanya mengundang masalah kepada seseorang individu ataupun individu yang lain.. nak tahu antara peristiwa atau tragedi yang pernah berlaku dek kerana menyambut hari "BODOH' sedunia ni?? Check it out!!
tak ke melambatkan tuan punya kereta tu nak pergi kerja ke apa!!ish3...


mesti yang kat bawah ramai2 tu tak rasa nak gelak ag pasnie kan..


so u ollz...xpayah lah nak sambut hari membodohkan orang nie k??
renung2kan....dan selamat beramal^^


*sakit telinga dgr bunyi motor terpekik2 sekarang nie!! 
0

Lamanya xposting!!!^^

huk3!! ceh..batuk lah kan...rasanya dah hampir 3minggu x ada post kan...mianhe!! just sgt busy ngan assigment and macam2 projek ag... so post tuk kali nie...teja nak berkongsi mengenai Peta Minda..satu kaedah pembelajaran yang teja rasa semua org dah tahu mengenainya... permasalhannya pelajar jarang menggunakannya walaupun ia terbukti berkesan. Dan yang lagi teruk, kadang-kadang peta minda yang kita buat sendiri tu, kita sendiri xpham..haha kelakar kan..so, apa itu 'mind mapping'?? lets check it out!!


Apa itu Mind Mapping??
 Peta minda (mind mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconscious mind.

Bagaimana Peta Minda Berfungsi??
Peta minda aadalah satu teknik yang digunakan bertujuan untuk membolehkan minda kita menyimpan sesuatu maklumat atau fakta secara lebih kemas. teknik ini memerlukan kita menggabungkan beberapa keperluan seperti warna, gambar, garisan dan lain-lain lagi. peta minda sebenarnya mengajar kita lebih selari dengan bagaiman otak kita berfikir. Hasil dari penggunaan minda yang betul, akan menjadikan sesuatu fakta dapat di ingat dalam jangkamasa yang lama. Apa yang penting ialah, dengan hanya melihat sekali imbas pada peta minda yang kita buat, ia akan mengingatkan apa yang kita baca sebelum ini. Bayangkan bagaimana bergunanya nota yang dibuat dengan teknik ini sebelum peperiksaan bermula. Pelajar lain membaca nota yang berjela- jela panjangnya tetapi anda hanya melihat nota sekali imbas sahaja. Kat bawah nilah antara contoh- contoh 'mind mapping'.. menarikk bukan???


Dan untuk pengetahuan semua, teknik ini memang diakui berkesan,, tak percaya?? bacalah antara kebaikan menggunakan 'mind mapping'

1.             Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.

2.             Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
3.             Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
4.             Fokus kepada isu sebenar meningkat.
5.             Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
6.             Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

hurrmmm,,, menarik bukan.. nak tahu cara menggunakannya pula??continue reading^^



  1. TEKNIK MEMBUAT PETA MINDA
    Seperti yang diterangkan sebelum ini, peta minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara melalui bentuk, warna, kratif, rasa dan lain lain. Sekarang saya huraikan pula bagaimana untuk membuat peta minda khususnya kepada para pelajar.
    1.             Sediakan sehelai kertas dan pen pelbagai warna
    2.             Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya anda hendak membuat peta minda mengenai struktur bumi maka kata kunci yang sesuai adalah bumi. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana.
    3.             Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Anda boleh menggunakan kreativiti dengan membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut.
    4.             bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Nasihat saya jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik.
    5.             Anda perlu mencampurkan gambar gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri.
    6.             Dari cabang utama anda sudah boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama.
    7.             Gunakan warna yang terang dan pelbagai.





    so,, u ollz...cuba2 lah mengamalkan teknik nie ye!! pastinya akan membantu anda dalam pembelajaran...terutamanya saat akhir masa exam...sangat membantu!! Saya Sudah! Anda Bagaimana???^^
0

Assigment3!!

arggghhh......sangat banyak assigment for this whole week!!!
antara yg memberi tekanan ialah... ACCOM.....
xpe2....nie lah lumrah mahasiswa n mahasiswi kan.... perjuangan perlu diteruskan dengan semangat yang sentiasa
membara!! cewaahhhh!!
oklah...maybe just this for this week...
and kat bawah nie teja titipkan antara pekerjaan yang dirty, dangerous, weird n pelik bin ajaib pun ada.... n nie lah tajuk yang teja pilih tuk tugasan Academic Communication.^^


Skyscraper Windows Cleaner  at Dubai

Helicopter Linemen

Crocodile Wrestlers

stay still for hours and maintain cool - Guard at Buckhingam  Palace
Pretty Roadkiller Remover
Have a nice Day everyone...............................

0

First time posting


woooaahhh..kali pertama aku start to be blogger..haha ini pun sebab wajib kan..tuk tugasan aplikasi komputer...kalau tak..tak ada maknanya semua nie!! puan..jgn marah ha..hehe so..berbalik ke agenda kita iaitu ber'posting' maybe yang akan aku post later2 nie...hurmmmm...apa ya??? ha...pe2 jela yg aku fikir sesuai n menarik untuk dibaca, and mengikut Terms N Conditions yang ditetapkan Puan Rohaizah iaitu...

  • haruslah berbentuk ilmiah atau akademik
  • tidak berbentuk hiburan ye..
  • dan sewaktu denganya lah..
so..lastly..wait for my comeback stage ya!!^^ (ala2 K-POP gitu)

Siguiente Inicio