my viewers

Pages

Free Icons
0

My HaPPy HEarT

Yahoo!!meet u ollz again!!^^
kali nie, teja nak berkongsi sedikit pengalaman ketika menjalankan program untuk Anak Melaka yang di Kg Paya Rumput Jaya Sg Udang, Melaka.
Program ini dijalankan mulai 27hb sehingga 29hb April 2012. program yg bertemakan 'Ukhuwah Dijalin, Diri Terpimpin' ini memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman berada di negeri Melaka dan menjalinkan silaturrahim bersama penduduk setempat.
Tibanya kami di Kg Paya Rumput disambut dengan paluan kompang dan penduduknya yg sangat ramah.
seterusnya para peserta dan urusetia dibahagikan kepada keluarga angkat untuk dibawa menumpang dirumah mereka sepanjang program berlangsung.
kami juga diberi peluang untuk lebih mengenali 'mak' dan 'ayah' baru apabila diberi masa rehat secukupnya dari ptg sehingga malam.
NIElah Keluarga Angkat Saya Di sana

antara aktiviti yang kami jalankan ketika berada di sana ialah:
  • Sukaneka bersama penduduk
  • Gotong - Royong di sekitar kampung
  • Rewang untuk jamuan bersama penduduk
selain itu, para peserta juga telah dibawa melawat ke tempat- tempat yang menjadi tumpuan pelancong kettika berada di Melaka. antaranya kami telah makan malam di Ikan Bakar Umbai, menikmati pemandangan indah sepanjang Sg. Melaka dengan River Cruise di Taman Rempah, melawati muzium-muzium di Bandar Hilir, melaka dan macam-macam lagi..


Terlalu banyak perkara yang telah teja rasai sepanjang mengendalikan program itu. dan memang diakui kami telah dapat mencapai objektif program itu dengan rata- rata peserta sangat gembira dan telah mendapat banyak input dari program itu. Selain itu kami juga telah mendpat keluarga baru yang sangat baik dan mesra melayan kami.


TERIMA KASIH SEMUA!!!
LUV U OLLZ!!
PESAMA DA BEST!!

0 comments:

Post a Comment

Siguiente Anterior Inicio