my viewers

Pages

Free Icons
0

1 APRIL, BEEN FOOL??


1 April,,,
Rata antara orang di sekeliling kita pastinya sedang berseronok menipu dan memeperbodohkan orang lain,, kononnya dengan alasan menyambut April’s Fool Day.. tetapii tahu tak u ollz nie..sepatutnya tak dilakukan kerana ianya hanya akan mengundang kemrahan dan mungkin akan menimbulkan fitnah.. am I right?? So, terlebih dahulu..mari kita kaji..mana asalnya dating sambutan ini..

SEJARAH “APRIL FOOL”: TRAGEDI PENYEMBELIHAN UMAT ISLAM SEPANYOL

Hari ini adalah hari April Fool atau, jika diterjemahkan secara harfiah, April Trick (Tipu Daya April). Tetapi berapa banyakkah di kalangan kita, terutama orang Islam, tahu tentang rahsia pahit di sebalik hari ini?


Menurut kajian, pada abad ke-8 Masihi, orang Islam berjaya menubuhkan satu Empayar di Sepanyol yang mempelopori era Zaman Keemasan Tamadun Islam. Orang-orang Kristian, menerusi kajian teliti mereka, mendapati bahawa faktor utama Islam berkembang dengan pesat dan berjaya menubuhkan Empayar di Sepanyol adalah kerana ketaqwaan (kesolehan) kaum Muslimin. Jadi, orang Kristian bertindak melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya. Mereka memperkenalkan arak dan lain-lain minuman keras, rokok, muzik, tarian dan pergaulan bebas kepada generasi muda Muslim, dan memastikan semua ini tersedia ada secara meluas dan bebas.



Taktik ini membuahkan hasil yang berkesan, dan iman kaum Muslim di Sepanyol mulai menjadi lemah, terutama di kalangan generasi muda. Kesan jangka panjangnya adalah orang Kristian Katolik barat berjaya menakluk seluruh Sepanyol dan mengakhiri kekuasaan Islam yang telah bertahan selama lebih dari 800 tahun. Grenada, yang merupakan benteng terakhir umat Islam, jatuh pada 1 April 1487. Penyerahan diri tentera Islam Granada telah dilakukan oleh Sultan Muhammad XII kepada Raja Sepanyol Ferdinand dan Ratu Isabella (lihat gambar sebelah).

Tarikh 1 April ini dirayakan sehingga sekarang sebagai hari "Tipu Daya April", di mana orang-orang Kristian dengan mudah berjaya menipu orang Islam sehingga jatuhnya sebuah Empayar Islam di Sepanyol yang sering kita megahkan. Mulai dari hari itulah orang Kristian memanggil orang Islam "orang bodoh yang mudah tertipu." Mereka menganggap bukan saja tentera Islam di Granada sebagai orang bodoh yang mudah tertipu, tetapi juga menggunapakai perkataan "bodoh" itu ke atas seluruh ummah Islam. (Ingat, perkataan "fool" juga bermakna bodoh).
Selain dari perbuatan ini dilarang agama islam, ianya juga hanya mengundang masalah kepada seseorang individu ataupun individu yang lain.. nak tahu antara peristiwa atau tragedi yang pernah berlaku dek kerana menyambut hari "BODOH' sedunia ni?? Check it out!!
tak ke melambatkan tuan punya kereta tu nak pergi kerja ke apa!!ish3...


mesti yang kat bawah ramai2 tu tak rasa nak gelak ag pasnie kan..


so u ollz...xpayah lah nak sambut hari membodohkan orang nie k??
renung2kan....dan selamat beramal^^


*sakit telinga dgr bunyi motor terpekik2 sekarang nie!! 

0 comments:

Post a Comment

Siguiente Anterior Inicio